Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Saturday, November 1, 2008

Singgang Ikan Kembung

ni adalah antara jenis masakan kegemaran keluarga:)) esp mak dgn ayah. They are kelantanese ergo, the dish speaks well..:)) it's easy yet fantalicious!!

ni lagi satu gambar hasil 'culikan dari internet..:P lebih kurg camni la rupenye..tp yg aku punye cam lebih menarik sket dr yg ini sbnrnye..hiks :P


Bahan-bahan nye :

3 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
1 ketul bawang putih
5 biji cili padi
2 biji cili hijau
4 keping asam keping
Garam secukup rasa.

Ini caranye :

1. Mula-mula potong ikan kembung kepada 3 bahagian. Masukkan kedalam periuk.
2. Hiris kasar lengkuas (nak ketuk pon boleh).
3. Hiris halia dan kunyit.
4. Ketuk bawak putih. Kemudian taburkan lengkuas, halia, kunyit, bawang putih td kedalam periuk berisi ikan kembung td.
5. Hiris kasar cili padi dan potong dua cili hijau. Masukkan kedalam periuk td.
6. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
7. Isi air masak setakat ikan direndam. Letak atas dapur dan masak dalam 5-10 minit.
8. Finito! :P

Hee..ikan kembung tuh bleh dihiris ikut kehendak..ada yang potong 2, tapi kami perut kecil2 jdnye potong banyak sikit. :)) Kandungan cili padi dan cili hijau tu pon ikut kehendak rasa sendiri..sape yg suke pedas,letak lg banyak..dan vice versa. Makan ikan singgang ni..sedap dgn sambal cili sama sayur bendi yang dicelur. man O man sedap...~ XP selamat mencuba!

Thursday, October 30, 2008

Kek Coklat Kukus

Dah lame rasenye tak kongsi resipi dekat blog ni..:) sebab takde kamera nak amik gambar2 menarik..kamera ada satu je yg function, tu pon skrg at gee's possession.

gamba ni hasil 'culikan' dari internet..aku pilih gamba ni sbb kek yang aku buat lebih kurang camni la rupenye ",



Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor.
3/4 cawan mentega.
1/2 cawan susu penuh krim.
1/2 cawan serbuk koko.
1 sudu teh esen vanilla.
2 biji telur.


Ini cara-caranya:

1. Didihkan air kukusan.
2. Masukkan mentega dan gula didalam cooking pan diatas api sederhana. Kacau sehingga cair. Sejukkan.
3. Ayak tepung dan serbuk koko.
4. Pukul telur secara perlahan didalam mangkuk yang lebih kecil. Jangan sampai berbuih.
5. Masukkan telur dan esen vanilla didalam adunan mentega tadi. Tukar adunan ke dalam baking bowl. Kacau hingga betul-betul sebati. Gradually, masukkan tepung yang diayak tadi.
6. Adunan mestilah tidak terlalu cair. Masukkan adunan tadi ke dalam ape-ape bentuk mangkuk yang sesuai dengan tempat kukusan. Tutup mangkuk dengan aluminium foil. Kukus selama 45minit sehingga 1jam. Boleh periksa dengan cucuk garfu dan pastikan takde adunan yang melekat (bg kek yang sudah masak).

InsyaAllah akan menjadi..", kalau tak jadi, jangan putus asa..teruskan mencuba sbb mungkin tepung, telur gred yang berbeza mungkin memerlukan sukatan yang berbeza. Kek coklat yang dikukus tak perlukan coklat topping sangat, sbb struktur keknya da lembap..dgn coklat topping nanti terlalu manis, tak elok pula untuk kesihatan.hehe :)) selamat mencuba!

wallahua'lam.

Tuesday, May 27, 2008

*Bubur Nasi ala Thai*



it's simple yet delightful for ur healthy life style ;) enjoy the making...try it at home!

Bahan2:
240 gram beras
100 gram sotong dipotong kecil2
100 gram udang di buang kulit
4 biji cili padi diketuk * jumlah cili brgantung pd kepedasan yg dikehendaki
1 inci halia di hiris halus
1 tangkai serai dititik
2 inci lobak merah di potong dadu
2 sudu makan pes tom yam
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun ketumbar
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Bersihkan beras dn rebus hingga masak
  2. Masukkan halia, serai, pes tom yam, daun ketumbar, udang dan sotong. Kacau rata.
  3. Masukkan cili padi , lobak merah dan sedikit garam
  4. Taburkn daun limau purut dan biarkan mendidih.
au revoir ! till nx post :)