ni adalah antara jenis masakan kegemaran keluarga:)) esp mak dgn ayah. They are kelantanese ergo, the dish speaks well..:)) it's easy yet fantalicious!!

ni lagi satu gambar hasil 'culikan dari internet..:P lebih kurg camni la rupenye..tp yg aku punye cam lebih menarik sket dr yg ini sbnrnye..hiks :P
Bahan-bahan nye :
3 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
1 ketul bawang putih
5 biji cili padi
2 biji cili hijau
4 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Ini caranye :
1. Mula-mula potong ikan kembung kepada 3 bahagian. Masukkan kedalam periuk.
2. Hiris kasar lengkuas (nak ketuk pon boleh).
3. Hiris halia dan kunyit.
4. Ketuk bawak putih. Kemudian taburkan lengkuas, halia, kunyit, bawang putih td kedalam periuk berisi ikan kembung td.
5. Hiris kasar cili padi dan potong dua cili hijau. Masukkan kedalam periuk td.
6. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
7. Isi air masak setakat ikan direndam. Letak atas dapur dan masak dalam 5-10 minit.
8. Finito! :P
Hee..ikan kembung tuh bleh dihiris ikut kehendak..ada yang potong 2, tapi kami perut kecil2 jdnye potong banyak sikit. :)) Kandungan cili padi dan cili hijau tu pon ikut kehendak rasa sendiri..sape yg suke pedas,letak lg banyak..dan vice versa. Makan ikan singgang ni..sedap dgn sambal cili sama sayur bendi yang dicelur. man O man sedap...~ XP selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment