Pergi Tak Kembali
Artist: Rabbani
Song Category: Nasyid
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
sayup kedengaran lagu ni bermain di kepala saat menerima berita pemergian Cik Mah ahad yang lepas,usai ku menyempurnakan solat isya'. airmata ni laju mengalir. tak menyangka. Cik Mah merupakan adik bongsu kpd nenek sbelah mak. umurnya awal 50an tak silap. tua sedikit dari mak. masih muda, masih manis senyumannya. ada 3 anak. yang sulong dah berkahwin, dan punya anak 2 orang. cucu sulongnya masih berumur 6tahun. kami sgt rapat. soo intimate till i cudnt imagine future raya celebration without her.
ye. dia menghidap sakit dalam perut sejak sebulan puasa yang lepas. makan tak lalu, asyik muntah. sambutan aidilfitri yang lepas ibarat ta punya apa-apa makna bg cik mah. dia terbaring lesu. kurus. tak punya apa-apa hidangan istimewa raya. tak ada. usai solat raya, ku dan mak terus pegi melawat cik mah dirumah. gelap. tingkap tak terbuka. kelam. hati ni da mula rasa sebak. sbb bukan ini yang selalunya berlaku tatkala menyambut 1 syawal bersamanya. mesti ada tapai, ada ketupat daun palas dan hidangan nasi istimewa. pasti akan kelihatan kelibat dia dirumah tok(nenekku) tersenyum manis, berbaju baru datang mengusik kami. tapi kali ni, takde. syawal kali ni sepi. tambahan pula rumah tok da tak berhuni mulanya ramadhan lagi. kami da tak brmalam drumah disana, sejak tok dan tokcik berpindah kerumah mak long. ku da sepatutnya menjangka yang malaikat izrail sedang melihatnya dari jauh tinggal menanti saat untuk mencabut ruhnya. T_T benarlah, 40hari sebelum arwah 'pergi' pelbagai tanda2 yang 'bukan biasa' terdapat pd dirinya.
akhirnya kami sekeluarga menaiki kapal terbang pulang ke kampung. flight pukul 0745 pagi. bangun 4 pagi. gerak ke kl sentral pukul 5 pagi. tiba di kampung pukul 10 lebih. orang kampung da memenuhi sepelusuk rumah cik mah dan tok. ramai. ku hampir tak mendongak melihat siapa yang ada disana. adrenalin da 'berlari-lari'. jantung berdegup pantas tatkala mahu melihat jenazah cik mah. setiba di biliknya, terlihat sekujur tubuh berselimut putih. berdebar-debar. tok menyelak sikit selimut untuk kami menatap wajah cik mah. ya Allahhuakbar. airmata ni bagai tak tertahan. laju mengalir. tersedu-sedu menahan sebak. "kak..yah..jangan menangis..sedekahkan yassin untuk arwah cik mah.." kata tok. kami terduduk. ku mengambil surat Yassin untuk dibaca. tersedu-sedu. usai bacaan yassin, ku da kembali tenang. masih menatap tubuh cik mah diatas katil. memujuk hati untuk menerima pemergian cik mah.
da takde lagi teman membungkus tapai dan ketupat..da takde lagi teman bersembang tika memasak didapur tok..da takde lagi teman membuat rendang daging..(cik mah la yg pertama memuji rendang daging masakan ku yg pertama kali)..kan ku rindu saat dia mengadu tentang leteran tok keatas nya..kan ku rindu segala-gala tentang nya...T_T
suatu pengalaman. kali pertama ku berpeluang mengikuti rukun-rukun menguruskan jenazah. dari memandikan, mengkafankan, sembahyang jenazah, mengiring jenazah ke tanah perkuburan, meletak jenazah didalam liang lahad, hingga mengkambus tanah. tatkala menatap wajah cik mah buat kali terakhir sebelum mengkafankannya, ku kucup pipinya. terasa sejuk. pipi cik mah lembut. perasaan sayang ni brtambah kuat.
usai segala urusan kami berangkat pulang ke kuala lumpur 9.30 mlm.
"usai sudah urusan cik mah didunia. ku sayang cik mah. ku cemburu dan gembira mengetahui bahawa Allah swt lebih menyayangi mu".
Ya Allah..tempatkanlah cik mah bersama-sama orang-orang yang beriman..orang-orang yang memperoleh rahmatMu ya Allah..
Al-fatihah...
3 comments:
T.T
Al-fatihah utk cik mah kamu peos.. smoga rohnya di kalangan orang orang yg soleh.
kematian kadang-kdang mengajar banyak perkara kepada kita. kadang-kadang ia seperti menyuruh kita berfikir.
kau tabah ye.
terima kasih zamm...:))
ku da kembali tenang..
tp..tiap kali trkenang kan cik mah..hati ni pasti terusik..alhamdulillah..seminggu ni tak putus lagi bacaan Yaasin yg kusedekahkan untuk arwah...
:')
innalillah..
takziah peoz!
Post a Comment