Salam!Salam Maal Hijrah untuk semua. sudah 1430 tahun sejak hijrah pertama Rasulullah s.a.w ke Madinah. hari ni 29 Disember. tahun ni, kalendar Hijri dan kalendar Gregorian hampir serentak. cuma ada perbezaan 1,2 hari sebab bulan islam hanya ada 30 hari (seingatku lah heh :P).
Sedang masyarakat sedang sibuk menyambut Hari Natal, dan sambutan Tahun Baru 2009, ditambah lagi dengan beberapa peristiwa besar dan mengejutkan; perkahwinan Mawi-Ekin dan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, muslimin pastinya terleka untuk dengan persiapan kita untuk menyambut Tahun Baru 1430 Hijriah ini.
Buku lama dah ditutup. cuba kenang sejenak, apa kebaikan yang telah dicatit pada buku lama kita? dapat dikira? atau tak terkira? mudah-mudahan ia sedikit sebanyak memberi kita kesan seterusnya memasang niat untuk berhijrah ke kehidupan yang lebih baik. Lembaran baru dah dibuka, mudah-mudahan yang pertama tercatit adalah yang baik-baik belaka. insya'Allah :))
Apa ye hijrah ku kali ni?
Yang pertama, insya'Allah dari penganggur terhormat ke pengerah keringat :)) mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. ameen insya'Allah..~
Yang kedua, insya'Allah dari penerima kepada pemberi. ku berniat untuk menjadi lebih kepada pemberi bermula saat ku menerima hasil keringat pertamaku nanti. mudah-mudahan :)) you can keep my words.
Yang ketiga, insya'Allah dari kekasih orang kepada tunangan orang :)) semuanya belumpun dalam perancangan. masih omong-omongan kosong. tapi, dengan izin Allah..tiada yang mustahil. mudah-mudahan ibubapaku merestui :)
Yang keempat, insya'Allah dari pemarah kepada pemaaf. Surah Toha akan jd amalan harian insya'Allah..mudah-mudahan ku akan menjadi kurang emosi dan sensitif. seperti ia selalu akan mberi kesan pada orang2 sekeliling ku :(
dan akan bertambah lagi dari masa ke semasa..:))
mudah-mudahan hijrah kali ini membawa kepada diri kita yang lebih baik. dan sama-sama menjadikan lembaran lama sebagai iktibar dan teladan buat kita, insyaAllah.
wallahua'lam.
4 comments:
Salam Maal Hijrah juge epi nu year =)
sama utk kamu juge...:))
hy!
haritu xsempat nk gossip.
haih..
lenkali kite rembat je enchek fairus soh join skali sesi gossip
hehehe
ehehehe :P
bisa.bisa diurus.
eh aritu kalian bergossip kat mane?
tell me.tell me.gossip pasaipa?
Post a Comment